gov .bn A Brunei Darussalam Government Website

Text Size

A

Melayu(https://www.agriculture.gov.bn/1660-2/?lang=ms) | English(https://www.agriculture.gov.bn/1660-2/?lang=en)

Insentif Keperluan Khusus (Industri Agrimakanan)

Bagi Industri agrimakanan, kemudahan yang diperuntukkan di dalam SIPA adalah penyewaan bangunan termasuk fasiliti-fasiliti yang terdapat di dalam Inkubator Makanan Perusahaan Kecil (IMPK). Tujuan skim ini adalah untuk membantu para pengusaha makanan mikro dan kecil bagi meningkatkan pengeluaran hasil produk agrimakanan yang berkualiti untuk pasaran.

Objektif

Mempercepatkan proses pemindahan teknologi pengeluaran produk agrimakanan dan mengurangkan kos pengeluaran bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan terjamin halal serta kompetitif bagi pasaran tempatan dan eksport.

Kategori Insentif

Kategori insentif yang terdapat dalam Skim Keperluan Khusus – Industri Agrimakanan ialah seperti berikut:

Penyewaan bangunan termasuk fasiliti-fasiliti yang terdapat di dalam Inkubator Makanan Perusahaan Kecil (IMPK)

Perkhidmatan dokongan teknikal melalui khidmat nasihat pembangunan produk, pemindahan teknologi, membangunkan label produk, panel nutrien dan penentuan tempoh simpan melalui pensampelan dan penghantaran produk untuk analisa; menjalankan lawatan serta memberikan latihan, kursus dan bengkel.

Penyewaan bangunan termasuk fasiliti-fasiliti yang terdapat di dalam Inkubator Makanan Perusahaan Kecil (IMPK)

Bangunan IMPK terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Brunei, Kilanas merupakan sebuah inkubator berskala kecil (dapur) yang mempunyai fasiliti pemprosesan yang moden dengan menawarkan kadar sewa yang berpatutan, latihan bagi menghasilkan produk agrimakanan dan tempat menjalankan analisa fizikal bagi mengawal kualiti produk.

Garispanduan penyewaan dan kadar sewa IMPK secara insentif adalah seperti berikut:

Bayaran Pendaftaran (sekali sahaja) sebanyak B$50.00.

Penyewaan bangunan dan penggunaan fasiliti IMPK dibenarkan beroperasi dari jam 7.45 pagi hingga 4.30 petang dalam jangka masa 8 jam 45 minit pada waktu hari bekerja dengan kadar sewa B$70.00 sehari. Bayaran sewa hendaklah dijelaskan sebelum menggunakan fasiliti pada hari penyewaan.

Tempoh penyewaan ialah minima 1 hari bagi setiap pengusaha.

Tempahan penyewaan hendaklah dipohonkan kepada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dalam masa tujuh (7) hari sebelum tarikh penyewaan.

Pembatalan penyewaan hendaklah dimaklumkan kepada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan tiga (3) hari sebelum tarikh penyewaan.

Bayaran bagi ganti rugi akan dikenakan jika berlaku kerosakan mesin-mesin dan peralatan atas kecuaian penyewa, berdasarkan kos baik pulih mesin/peralatan berkenaan termasuk bahagian peralatan mesin yang dicuci bersih oleh penyewa, kecuali mesin dan peralatan yang dikendalikan oleh penggendali.