gov .bn A Brunei Darussalam Government Website

Text Size

A

Melayu(https://www.agriculture.gov.bn/skim-insentif-pertanian-agrimakanan/?lang=ms) | English(https://www.agriculture.gov.bn/skim-insentif-pertanian-agrimakanan/?lang=en)

Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan

Tujuan dan Matlamat

Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan atau lebih dikenali dengan sebutan SIPA yang disalurkan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan adalah bertujuan bagi membantu dan mendokong para pengusaha/peladang memajukan dan meningkatkan lagi industri pertanian dan agrimakanan di dalam menyumbang kepada ekonomi negara.

Matlamat SIPA ini adalah dihasratkan sebagai penggerak dan penggalak kepada para pengusaha/peladang bagi mencapai dan memantapkan pengeluaran hasil pertanian dan agrimakanan yang berkualiti tinggi, berdaya saing secara berterusan serta mampu berdikari dalam jangka masa panjang.

Objektif

Di antara objektif-objektif SIPA adalah:

Meningkatkan pengeluaran sektor pertanian melalui penawaran tapak-tapak Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) di seluruh daer

Menyediakan kemudahan asas dan input pertanian bagi mendokong operasi perusahaan pengusaha/peladang untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti yang akan meningkatkan pendapatan, khususnya melalui penggunaan teknologi dan inovasi dalam sektor pertanian;

Membantu penglibatan pengusaha/peladang untuk lebih kompetitif/berdaya saing dan berdaya tahan dalam sektor pertanian dan agrimakanan khususnya dari aspek kos permulaan perusahaan sehingga dapat mandiri dan progresif;

Menarik pengusaha/peladang untuk menceburi bidang pertanian dan agrimakanan, dan seterusnya menjadikan industri pertanian dan agrimakanan sebagai bidang kerjaya yang menjana pendapatan khususnya golongan belia;

Memberikan khidmat nasihat dan latihan serta menggalakkan pemindahan teknologi di dalam sektor pertanian dan agrimakanan ke arah meningkatkan produktiviti dan hasil keluaran berkualiti produk pertanian; dan

Menggalakkan penyertaan pelaburan tempatan dan pelaburan langsung asing yang progresif di dalam sektor pertanian dan agrimakanan.

Kategori SIPA

Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan terbahagi kepada dua (2) kategori utama, iaitu Insentif Keperluan Asas dan Insentif Keperluan Khusus (Industri Tanaman dan Industri Agrimakanan).

1. Insentif Keperluan Asas