gov .bn A Brunei Darussalam Government Website

Text Size

A

Melayu(https://www.agriculture.gov.bn/1650-2/?lang=ms) | English(https://www.agriculture.gov.bn/1650-2/?lang=en)

Insentif Keperluan Khusus

Industri Tanaman

Bagi industri tanaman, fokus diberikan kepada pengeluaran padi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Usaha-usaha untuk meningkatkan pengeluaran komoditi-komoditi tanaman yang lain seperti pelbagai tanaman, bunga-bungaan dan tanaman hiasan juga diberikan penekanan.

Antara kemudahan yang diperuntukkan di dalam SIPA bagi Industri Tanaman adalah seperti berikut:

Input Baja;

Bahan Perlindungan Tanaman; dan

Perkakas/Peralatan.

Nota:

Kemudahan di atas adalah tertakluk kepada ketersediaan (availability) bahan-bahan berkenaan.

Input Baja

Bentuk insentif adalah pembekalan beberapa jenis baja inorganik asas pada harga 50% daripada harga tawaran.

Bahan Perlindungan Tanaman

Bentuk insentif adalah pembekalan beberapa jenis racun rumpai yang disyorkan pada harga 50% daripada harga tawaran.

Perkakas/Peralatan

Bentuk insentif adalah pembekalan perkakas / peralatan yang diperlukan terutamanya pada peringkat kerja-kerja penyediaan ladang, pengawalan musuh atau penyakit tanaman pada harga 50% daripada harga tawaran.

Industri Padi

Objektif:

Mempercepatkan proses pemindahan teknologi pengeluaran ke arah meningkatkan produktiviti dan hasil keluaran padi;

Menyalurkan input dan kemudahan asas ke arah mendokong penghasilan padi yang kompetitif;

Menyalurkan informasi berhubung dengan jenis, kuantiti dan kombinasi input yang bersesuaian di dalam system perladangan;

Menggalakkan pengusaha tempatan dan pelaburan asing bergiat aktif di dalam industri padi;

Sebagai bantuan ke arah mengurangkan kos pengeluaran;