Skip to main content

SOLS Solar Academy: Peluang Kerjaya dalam Industri Solar untuk Belia Malaysia

Back to Blog List(https://sols.foundation/blog)

Published by SOLS Foundation 15 Nov 2024

Ubah Masa Depan Anda dengan SOLS Solar Academy. Dalam dunia hari ini, tenaga solar semakin penting, dan peluang kerja dalam bidang ini semakin banyak. SOLS Solar Academy menawarkan peluang kepada belia Malaysia, terutamanya dari komuniti B40, untuk belajar tentang tenaga solar dan membina kerjaya yang baik dalam industri ini. Program ini bukan sahaja mengajar kemahiran teknikal tetapi juga membantu peserta mendapatkan pekerjaan yang stabil.

Apa Itu SOLS Solar Academy?

SOLS Solar Academy adalah program latihan yang memberi anda kemahiran dan pengalaman dalam memasang dan menjaga sistem tenaga solar. Dengan menyertai akademi ini, anda akan:

Belajar Terus dari Pakar Industri – Dapatkan latihan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dalam industri solar.

Dapatkan Sijil Kelayakan – Sijil ini membantu anda untuk menjadi lebih mudah mendapat pekerjaan dalam industri solar.

Pengalaman Praktikal – Anda akan mendapat pengalaman langsung dalam pemasangan tenaga solar yang sebenar.

Kenapa Sertai SOLS Solar Academy?

100% biasiswa penuh

Makan minum & penginapan ditanggung

Belajar daripada pakar industri solar

Peroleh 5 jenis sijil kelayakan

Jaminan pekerjaan lepas tamat pengajian

Apa yang Akan Anda Pelajari?

Pemasangan Solar

Pendawaian Solar

Penyelenggaraan & Pengurusan Stor

Asas Dron

Asas Tenaga Solar

Pemasangan Pengecas Kereta Elektrik (EV)

Kemahiran Jualan

Kemahiran Digital

Bahasa Inggeris

Pembangunan Kemahiran Insaniah

Kemahiran Kebolehkerjaan

Pelan Program SOLS Solar Academy

Peluang Pekerjaan Selepas Graduasi